Wednesday, January 1, 2014

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. ...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"... Dicatat oleh IBNU MUSLIM sumbangan tabung pembangunan pusat pengajian madinahtussalam sila bank in disini : maybank 5620 8558 9310. Ac MADINATUSSALAM RESOURCES Lot 2398, Chempaka kiri, lanchang, temerloh pahang Maybank

sukarelawan MADINAHTUSSALAM menghulurkan Bantuan kepada Mangsa Banjir di Pahang december 2013

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi)

Team MADINAHTUSSALAM membuat RFI di PONDOK BUKIT AWANG , PASIR PUTIH KELANTAN


* melihat kegigihan seorang tuan guru yang muda : ustaz wan rosli wan ibrahim dengan sahabat sahabat serta masyarakat setempat , ahli pondok serta rakan-rakan perniagaan dlm dan luar negeri yg membangunkan dan memajukan pondok dan masjid baru serta membudayakan sifat mandiri kpd setiap warga pondok dan pencinta ilmu disitu Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi) irsyad sidi 0192136502 / 019 2074779 www.madu3.net http://www.youtube.com/watch?v=LWzyApcZQ04

Team MADINAHTUSSALAM membuat RFI @ mencari info maklumat di DARUL MUTTAQIN , KUNDANG


* mencari maklumat untuk pembinaan pusat pengajian madinatussalam dilanchang pahang Prof. Dr. Hamka berkata ‘” Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.” http://www.youtube.com/watch?v=6eJYY_jqIZE&feature=c4-overview&list=UUsDGM2T0IypsBLcN-svahrQ

aksi gerakerja pembersihan tanah dan kerja-kerja peparitan di tapak tanah pusat pengajian dan perkampungan madinahtussalam @ lanchang pahang darul makmur


Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan....


Sanggup dan ketidaksanggupan itu seperti membesarkan sepohon pokok. Tatkala seseorang menyatakan sanggup, maka pohon kesanggupannya tumbuh sihat, berakar kukuh, membesar, mengeluarkan dedaunan, berbuah dan menghasilkan anak pokok yang lain. Begitu juga sebaliknya dengan menyatakan tidak sanggup dia sebenarnya sedang menanam dan membesarkan pohon ketidaksanggupan. – Tamthil ” Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau. ” http://madinahtussalam.org/ sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat penggajian dan madrashah madinahtussalam sila bank in disini : ACC MAYBANK 5620 8558 9310 MADINATUSSALAM RESOURCES Jika ada pertanyaan, SILA HUBUNGI 1 ) ustaz razak : 017-496 0269 / 016-900 4210 2 ) irsyad sidi : 019 207 4779 / 019 213 6502 whatsapp @ wechat

HIDUP BERILMU , BERAMAL , BERBAKTI , BERJAYA DAN MATI MULIA…


aksi gerakerja sukarelawan dan ahli-ahli madinahtussalam dalam misi menyiapkan projek pembangunan Pusat Pengajian Madinatussalam @ Lanchang Pahang “Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.” Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An’aam 6:162)