![madinatussalam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAyVYvq7rHotMj2G3JvqChNNvsNfnoAXzk8sF7ClITffE2vbEgimc3Smh89CuwOhalh5TllsOxEyMI-InJdWxqR5nuM7Cv-YRmAU_ZOxr-fXBoFLWVKqgPVwMhRkE0nY42ZaLpAhRUe8E/s1600/IMG-20140101-WA0001.jpg)
sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat penggajian dan madrashah madinahtussalam sila bank in disini : ACC MAYBANK 5620 8558 9310 MADINATUSSALAM RESOURCES Jika ada pertanyaan, SILA HUBUNGI 1 ) ustaz razak : 017-496 0269 / 016-900 4210 2 ) irsyad sidi : 019 207 4779 / 019 213 6502 whatsapp @ wechat
Wednesday, January 1, 2014
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
sukarelawan MADINAHTUSSALAM menghulurkan Bantuan kepada Mangsa Banjir di Pahang december 2013
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi)
Team MADINAHTUSSALAM membuat RFI di PONDOK BUKIT AWANG , PASIR PUTIH KELANTAN
Team MADINAHTUSSALAM membuat RFI @ mencari info maklumat di DARUL MUTTAQIN , KUNDANG
Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan....
HIDUP BERILMU , BERAMAL , BERBAKTI , BERJAYA DAN MATI MULIA…
Subscribe to:
Posts (Atom)